Tuesday, January 20, 2009

Unit-Unit Pengakap

Unit Pengakap
Persekutuan Pengakap Malaysia mempunyai beberapa unit dalam persaudaraan pengakap. Unit-unit itu dibahagi mengikut umur pelajar atau belia iaitu :
· Pengakap Kanak-kanak – 9 tahun hingga 12 tahun
· Pengakap Muda -13 tahun hingga 15 tahun
· Pengakap Remaja - 16 tahun hingga 18 tahun
· Pengakap Kelana - 18 tahun ke atas
· Pemimpin Pengakap - 18 tahun ke atas
· Adik Bongsu - Golongan istimewa
· Pengakap Laut
· Pengakap Udara

Unit Pengakap Kanak-kanak merupakan langkah permulaan dan persediaan untuk kanak-kanak menceburi pergerakan pengakap. Program latihan atau skim lebih menumpukan kepada pembentukan dan perkembangan rohani, intelek, sosial dan jasmani. Strategi dan pembelajaran dalam unit Pengakap Kanak-kanak lebih tertumpu kepada belajar sambil membuat dan belajar sambil bermain. Strategi dan pembelajaran ini sesuai dengan naluri dan tahap perkembangan kanak-kanak yang suka bermain dan meneroka sesuatu perkara yang baru.
Skim lencana dan latihan bagi unit pengakap kanak-kanak terdiri daripada:
1. Lencana Keadilan.
2. Lencana-lencana kemajuan ( tiga lencana keris )
· Lencana Keris Gangsa
· Lencana Keris Perak
· Lencana Keris Emas
3. Lencana Wajib ( Lencana Ahli Penunggang Basikal atau Lencana Ahli Renang )
4. Lencana-lencana kepandaian ( 19 jenis lencana )

No comments:

Post a Comment